Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 26 Mac 2011

Dijel dan sebat kerana cabul amah Indonesia


SINGAPURA: SEORANG tukang paip yang mencabul kehormatan pembantu rumah Indonesianya dalam 2009 dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan rotan sebanyak lima kali semalam.

Lelaki berusia 44 tahun itu mengaku memasukkan tangannya ke dalam baju amah berusia 24 tahun itu untuk mencabul kehormatannya

Kejadian tersebut berlaku di rumah lelaki itu pada 30 September 2009.

Mahkamah diberitahu bahawa tertuduh meminta pembantu rumahnya, yang telah bekerja bersamanya selama satu tahun setengah, supaya membawa makanan ke bilik tidurnya pada malam kejadian itu.

Mengikut informasi yang dikumpul, apabila mangsa masuk ke bilik tidur tersebut, tertuduh mengunci pintu dan menyambar tangannya.

Mangsa cuba melepaskan diri tetapi tidak berjaya, bahkan tertuduh menutup mulutnya dengan tangan kirinya menyebabkan mangsa tidak boleh menjerit meminta tolong.

Sekitar seminit kemudian, lelaki itu menghentikan perbuatannya apabila pintu bilik itu diketuk orang.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular