Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 3 Mac 2011

Ibu jual anak bagai orang gila


FOTO: Ustaz Hassan Mahmud Al-Hafiz.




KUALA LUMPUR: Seorang ibu yang hanya mementingkan wang ringgit semata-mata hingga sanggup menjual anak kandungnya secara rela tidak ubah seperti orang gila kerana dia sudah hilang nilai kemanusiaan dan pegangan agama.

Penceramah bebas, Ustaz Hassan Mahmud Al-Hafiz, berkata tindakan itu lebih kejam daripada haiwan kerana haiwan contohnya kucing tidak akan menyerahkan anaknya kepada spesies lain.

Beliau berkata, sikap ibu yang melakukan perkara tidak munasabah dan boleh dianggap pelik sehingga menjual darah dagingnya sendiri kepada orang lain hanya akan mengundang lebih banyak masalah.

“Saya hairan bagaimana seorang ibu sanggup menjual anak mereka kepada keluarga lain selepas dia penat mengandungkannya sembilan bulan dan membesarkannya sehingga umur tiga tahun,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Semalam media melaporkan mengenai seorang ibu menjual anak kandungnya yang berusia tiga tahun kepada individu baru dikenali semata-mata kerana wang.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular