Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 3 Mac 2011

Siti terbit album lagu bahasa Inggeris


FOTO: Datuk Siti Nurhaliza.




KUALA LUMPUR: Seronok untuk berkongsi perkembangan seninya, Siti memberitahu, dia kini dalam proses menyiapkan sebuah album Inggeris.

Datuk Siti Nurhaliza masih menganggap terlalu awal untuk diumumkan tetapi disebabkan terlalu gembira kerana sudah lama mengidamkan album Inggeris, tidak keberatan untuk berkongsi serba sedikit.

“Tajuknya masih belum ditentukan lagi. Tapi Siti sudah menyiapkan rakaman untuk enam lagu dan tinggal empat lagu yang belum dirakam. Rakaman telah dimulakan sejak hujung Januari lalu dan dijangka siap sepenuhnya pertengahan tahun ini,” katanya sambil tersenyum manis.

Tuah penyanyi yang mempunyai suara emas itu, dia telah menarik minat komposer dari Australia iaitu Bryan dan artis pop terkenal, Christian Alexander untuk berkolaborasi sebagai tenaga penting dalam memberi tunjuk ajar.

Siti tidak menafikan terdapat beberapa kesukaran ketika proses rakaman dijalankan terutama sebutan setiap patah perkataan lirik lagu yang disediakan.

“Bila bekerja dengan orang luar, cara yang mereka tekankan ialah sebutan kerana ada beberapa perkataan perlu sebut dengan loghat mereka. Tetapi disebabkan Bryan dan Christian ada di sini sepanjang proses rakaman, mereka akan betulkan cara sebutan Siti,” ceritanya yang memilih genre moden pop untuk album itu.

Album yang diterbitkan oleh Wassup Entertainment merupakan projek istimewa syarikat rakaman milik Adib iaitu anak suaminya, Datuk Khalid Mohamed Jiwa (Datuk K).

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular