Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 2 Mac 2011

Siti Nur Ainuna pelajar contoh kempen sopan santun





FOTO: Siti Nur Ainuna menerima anugerah daripada Hajah Sarimah.





BANDAR SERI BEGAWAN:- Kempen sopan santun bertujuan untuk menerapkan serta menanam semula adab sopan santun ke dalam jiwa pelajar.

Ini kerana tidak memadai dengan hanya kita menunjukkan pencapaian cemerlang dalam akademik dan kegiatan kepada masyarakat tanpa menonjolkan adab budi bahasa dan nilai murni.

Wakil Badan Penasihat Hal Ehwal Pelajar, Hajah Seri Noor Suhana Haji Md Daud berkata demikian di majlis anugerah pelajar contoh bagi kempen sopan santun tahun 2010 Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Damit (SUAMPRIPAD) hari ini.

Menurutnya, aspek penilaian pelajar contoh dilihat daripada tingkah laku, pergaulan, tutur kata, ketaatan dan penampilan.

Di majlis itu, pelajar Tahun 9 Siti Nur Ainuna Mahirah Haji Wahid menerima anugerah pelajar contoh bagi kempen sopan santun berkenaan manakala lima pelajar dari Tahun 9 dan Tahun 10 menerima hadiah galakan.

Majlis diakhiri dengan penyampaian anugerah yang disempurnakan pengetua kepada semua pemenang.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular