Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 3 Mac 2011

Warga Indonesia Ditahan di Brunei


FOTO: Pegawai imigresen mengambil keterangan daripada warga asing dalam operasi itu.



BANDAR SERI BEGAWAN:-- Tiga warga Indonesia dibawa ke Bahagian Penguat Kuasa Undang-undang Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen sah dalam satu operasi semalam.

Menurut JPIK dalam kenyataan akhbarnya hari ini, Ops Rundau JIPK 28/2011 itu turut mengeluarkan empat Surat Khas dan dua orang diberikan Surat Panggilan.

Pas Khas dikeluarkan kepada warga asing dan Surat Panggilan kepada pihak majikan bagi tujuan siasatan lanjut.

Serbuan dilakukan di gerai makan Medan Selera Jerudong Park dan Gerai Nasi Katok Kampung Jerudong dari pukul 6 petang hingga 9 malam.

Operasi diketuai Ketua Pegawai Imigresen Bahagian Penguat Kuasa Undang-undang Jabatan Imigresen BSB dan melibatkan 18 pegawai semuanya. Jabatan itu menasihatkan warganegara asing pemegang pas melawat atau jaminan pas melawat agar tidak menyalahgunakan pas mereka dan pihak majikan juga diingatkan agar tidak akan mengambil bekerja pesalah imigresen atau akan berhadapan dengan tindakan undang-undang.

Bahagian Penguat Kuasa Undang-undang JIPK akan sentiasa menjalankan atau melaksanakan aktiviti penguatkuasaan sama ada secara persendirian atau bersama dengan agensi penguatkuasaan lain.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular