Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 23 Julai 2011

Kejohanan takraw dunia: Skuad wanita ke separuh akhir



KUALA LUMPUR – Skuad wanita kebangsaan melakar sejarah tersendiri apabila buat julung kalinya berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir kategori wanita Kejohanan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) 2011 yang berlangsung di Stadium Titiwangsa di sini hari ini.

Skuad bimbingan Mohd Fikri Mohd Nor berjaya menewaskan Kemboja 3-0 pada perlawanan suku akhir.

Walaupun melakukan banyak kesilapan, kesungguhan barisan trio Malaysia yang dibarisi Noor Fairuz Azizan, Nurrashidah Abdul Rashid dan Siti Nurzubaidah Che Ab Wahab berjaya memenangi set pertama dengan kutipan 15-6.

Usaha Trio Kemboja yang dibarisi Chea Sreymas, San Sopheap dan Nguon Chanboramey menyekat kemaraan Malaysia tidak menjadi apabila skuad negara terus menguasai set kedua dengan 15-8.

Skuad negara melengkapkan kemenangan dengan mata 15-7 pada set ketiga perlawanan.

Pada perlawanan peringkat separuh akhir esok, skuad wanita kebangsaan akan bertemu dengan Vietnam dan Thailand pula bertemu China.

Sementara itu, skuad lelaki kebangsaan akan bertemu Singapura dan Thailand pula bertemu Myanmar pada perlawanan separuh akhir esok.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular