Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 19 Ogos 2011

Jakim tidak keluar sijil halal mentega import

MENTEGA Pure Creamery Butter-Golden Churnl.





KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak pernah mengeluarkan sebarang persijilan tanda halalnya kepada mana-mana mentega yang diimport ke negara ini.

Pemangku Pengarah Hab Halal Jakim, Hakimah Mohamad Yusuf berkata, setakat ini, pihaknya belum menerima sebarang permohonan sijil halal daripada pengeluar mentega luar negara.

"Produk mentega yang diimport memang tidak mendapat sijil halal Jakim tetapi mendapat persijilan halal daripada badan persijilan luar negara yang diiktiraf oleh Jakim.

"Setakat ini, terdapat beberapa produk mentega luar negara yang sedang dipantau dan diteliti," katanya di sini semalam.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan jumlah mentega import yang mendapat sijil halal tersebut.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular