Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 23 Ogos 2011

Kes bekas artis masih dalam siasatan

IMBAS: Pelakon Ali Setan Azmil Mustapha dikatakan terbabit dalam kes ini.





DAMANSARA – Polis masih lagi mengumpul bukti dan menyiasat laporan berhubung tindakan seorang penceramah bebas yang menghina institusi raja dalam tazkirahnya di Masjid An-Nur Kampung Melayu Subang minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya masih mengumpul bukti berhubung dua laporan yang dibuat di Balai Polis Kampung Baru Subang Jumaat lalu.

“Kita masih siasat lagi kes tersebut dan buat masa ini kita masih mengumpul bukti berhubung perkara itu,” katanya ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan Anak Yatim di Balai Polis Damansara Utama semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai status siasatan berhubung tindakan bekas artis berusia 60 tahun terbabit dalam satu tazkirah yang disampaikan di sebuah masjid yang dihadiri oleh 300 kariah masjid baru-baru ini.

Ketika ditanya adakah penceramah terbabit sudah dipanggil untuk memberi keterangan, beliau walau bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular