Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 9 Ogos 2011

Sambutan Hari Kebangsaan Singapura

Percikan bunga api menghiasi dan menerangi langit malam di kawasan sekitar Marina Bay sebagai meraikan ulang tahun Singapura yang ke-46 malam tadi.



SINGAPURA - DARIPADA sebuah pentas biasa, Pentas Terapung Marina Bay berubah menjadi sebuah perkampung tepi pantai.

Malah, para penonton Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) turut diajak meneroka ke dasar laut lengkap dengan pelbagai kehidupannya seperti ketam, ampai-ampai, ikan pari dan tapak sulaiman menari-nari di atas pentas.

Babak penerokaan ke dasar laut itu merupakan sebahagian daripada persembahan muzikal yang mewarnai dan memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan semalam.

Muzikal lima babak, yang menyusuri kehidupan sepasang ibu tunggal dan anak lelakinya dari detik kemerdekaan Singapura ke era moden, berjaya menambat hati penonton dengan pelbagai kesan lampu dan kesan bunyi yang ditampilkan.

Salah seorang pelakon muzikal itu, Encik Sani Hussin, berkata meskipun ia merupakan kali keempat beliau terlibat dalam NDP, beliau tetap ghairah beraksi di hadapan khalayak ramai.

Bahkan, semangat para penonton yang menyambut setiap persembahan dengan sorakan gemuruh, membuat segala kerja keras dan titik peluh selama empat bulan beliau serta 6,000 peserta NDP lain berlatih, berbaloi.

'Jika sebelum ini pementasan teater yang saya sertai paling ramai melibatkan 40 orang, muzikal NDP pula melibatkan ribuan orang - daripada barisan penari dan pelakon kepada kontinjen perbarisan. Semua pasukan perlu bekerjasama bagi menjayakan acara. Jadi ia satu pengalaman baru dan berbeza bagi saya,' ujar Encik Sani, yang menyandang watak 'Salleh'.

Seorang lagi pelakon muzikal tersebut, Cik Aidli Mosbit, yang menyandang watak 'Auntie Siti', menganggap penyertaannya dalam NDP buat kali kedua tahun ini sebagai satu penghargaan besar dan pengikitrafan kebolehannya dalam seni.

'Malah saya bangga dapat beraksi dalam satu pentas bersama pelakon-pelakon terhandal Singapura yang lain. Saya harap persembahan saya dapat dijadikan inspirasi kepada para pelajar saya,' ujar Cil Aidli, yang merupakan Ketua Jabatan Persembahan Seni di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Central.

Persembahan Hari Kebangsaan tentu tidak lengkap tanpa pertunjukan bunga api.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular