Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 21 Ogos 2011

Singapura: Kadar pulangan CPF dipersoal

Calon Presiden ini Dr Tony Tan (kii) menemui Cik Noriz Ismail dan Encik Zairuddin Onan ketika mengadakan lawatan di Pasar West Coast semalam.




SINGAPURA - CALON Presiden, Encik Tan Jee Say, mempersoalkan mengapa Pemerintah tidak mampu membayar kadar pulangan yang tinggi kepada baki Tabung Simpanan Pekerja (CPF).

Encik Tan, 57 tahun, mengemukakan soalan itu dalam risalah kempennya yang diagih-agihkan sempena lawatannya di beberapa tempat semalam, termasuk di kawasan bazar Geylang Serai.

'Mengapa pemerintah tidak mampu membayar kadar pulangan yang tinggi kepada baki CPF tanpa membahayakan penurunan terhadap wang simpanan yang lalu?

'Adakah ini satu mekanisme yang berkesan untuk keperluan penduduk yang kian tua?' soalnya.

Beliau juga menganjurkan bahawa adalah satu perkara adil bagi rakyat untuk mengetahui status wang simpanan negara.

'Jika ada berlebihan, kita boleh mengurangkan beban cukai rakyat. Jika ia terlalu sedikit, bolehkah kita lebih cermat dalam pengurusan wang itu?

'Jika ia mencukupi, kenapa tidak terbitkan angkanya seperti negara lain?' soal Encik Tan, yang ingin memperjuangkan 'naluri rakyat Singapura' dalam kempen Pilihan Raya Presiden ini.

Selain itu, Encik Tan juga berkata beliau rela menerima gaji tahunan $500,000 jika dipilih sebagai Presiden.

Beliau berkata gaji itu lebih daripada cukup bagi seseorang untuk menyara kehidupan di Singapura.

Selebih dari itu pula, Encik Tan berkata wang itu harus dipulangkan kepada rakyat, menerusi dana-dana kebajikan dan lain-lain.

'Ramai yang telah bertanya apakah gaji yang sesuai bagi seorang Presiden. Saya beri angka ini kerana ia lebih daripada apa yang diperlukan sesebuah keluarga,' kata Encik Tan.

Sebelum ini, salah seorang lagi calon Presiden, Dr Tan Cheng Bock, telah berjanji untuk mengambil hanya separuh daripada gaji tahunan $4 juta Presiden yang sekarang ini.

(Makluman : CPF s'pura = KWSP m'sia)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular