Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 25 Julai 2011

Anak Melayu S'pura tentang johan karate India

Encik Radeem akan mewakili Singapura dalam pertandingan MMA, September kelak.




SINGAPURA - SEJAK usianya 11 tahun, beliau sudah mempunyai satu impian - mahu bergelar juara sukan suatu hari nanti.

Namun, bidang sukan yang dipilih Encik Radeem Abdul Rahman, 24 tahun, bukanlah di padang bola sepak atau di kolam renang tetapi dalam gelanggang berpagar besi.

Anak sulung daripada empat beradik itu ingin menjadi johan Seni Mempertahankan Diri Campuran (MMA) dan menjadi ahli MMA profesional.

MMA merupakan satu bidang sukan yang menggabungkan pelbagai jenis seni mempertahankan diri dari serata dunia.

Kini, Encik Radeem sudah berjaya mencapai satu daripada impiannya - beliau sudah pun diiktiraf sebagai seorang ahli MMA sepenuh masa di bawah nama gimnasium Evolve.

Bagaimanapun, impian Encik Radeem untuk menjadi seorang juara pula mungkin menjadi satu realiti apabila beliau bakal bertanding dalam ONE Fighting Championship, September akan datang.

Ahli MMA profesional pertama Singapura itu telah dijadualkan untuk bertanding dengan johan karate India, Susovan Ghosh.

Mereka dijadualkan berentap di Stadium Tertutup Singapura 3 September.

Ditanya kenapa beliau memilih sukan MMA, Encik Radeem berkata, ia merupakan satu sukan yang amat mengghairahkannya.

'Ia merupakan satu sukan yang merangkumi pelbagai jenis seni mempertahankan diri.

'Ini yang membuat sukan tersebut mencabar dan saya amat meminatinya,' kata beliau ketika ditemui di gimnasium Evolve di Far East Square baru-baru ini.

Pemuda yang memiliki diploma dalam bidang Teknologi Maklumat dari Institut Pembangunan Pengurusan Singapura (MDIS) itu merupakan seorang pakar seni mempertahankan diri silat Muay Thai dan Jujitsu dan telah lebih dari dua tahun mempelajari kedua-dua seni itu.

Untuk menyiapkan dirinya bagi pertandingan yang bakal disertainya, Encik Radeem gigih berlatih enam jam sehari selama enam hari seminggu.

'Dengan bulan Ramadan bakal menjelang, saya rasa latihan saya akan bertambah mencabar tetapi saya tetap akan memberi yang terbaik.

'Ini merupakan peluang bagi saya mengharumkan nama Singapura di arena antarabangsa,' kata Encik Radeem, yang selain daripada berlatih di gimnasium Evolve, turut bekerja sebagai pegawai operasi di syarikat itu.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular