Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 23 Julai 2011

Awas Penyemaran Pegawai Bank Negara Malaysia

Amiruddin (dua dari kiri) menunjukkan kad ATM yang digunakan sindiket penipuan.




AMPANG - Terpedaya dengan tipu helah sindiket penipuan kad kredit dan akaun bank yang mengaku kononnya pegawai Bank Negara Malaysia (BNM), seorang pengurus syarikat kerugian sehingga RM340,000.

Mangsa berusia 34 tahun dihubungi anggota sindiket berkenaan yang memberitahu maklumat peribadi akaun bank miliknya dicuri pihak tertentu bagi tujuan penipuan.

Akibat panik dengan amaran itu, mangsa kemudian menurut arahan anggota sindiket yang meminta dia membuat pemindahan wang ke dalam akaun lain yang didakwa milik pegawai BNM untuk mengelak wangnya ‘hangus’.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, mangsa membuat dua transaksi pada hari sama, masing-masing berjumlah RM79,000 dan RM262,000.

“Sepanjang perbualan, mangsa tidak dibenarkan memutuskan talian atau bercakap dengan sesiapa sehingga transaksi selesai.

“Suspek meminta mangsa menunggu tiga jam sebelum berjanji memindahkan semula wang itu ke dalam akaun milik mangsa. Bagaimanapun, suspek terus menghilangkan diri dan gagal dihubungi,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, di sini, semalam.

Berdasarkan maklumat terbabit, beliau berkata, polis menahan tiga lelaki berusia 20 hingga 27 tahun dan merampas 27 kad mesin juruwang automatik (ATM), 15 buku bank dan wang tunai sebanyak RM257,000 pada 15 Julai lalu selepas 24 jam mangsa membuat laporan polis.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular