Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 22 Julai 2011

Dakwa guru tumbuk pelajar




ALOR SETAR - Seorang ibu tidak puas hati apabila anaknya berusia 14 tahun mendakwa ditumbuk di bahagian perut oleh seorang guru di sebuah sekolah pusat bandar ini.

Ibu mangsa, Fatimah Fadzil, 43, berkata, kejadian itu tidak sepatutnya berlaku walaupun anaknya melakukan kesalahan, sebaliknya tindakan merotan adalah lebih baik kepada pelajar.

“Pada awalnya anak memaklumkan kepada suami ketika mengambilnya pulang dari sekolah dan kemudian memaklumkan kepada saya.

“Saya kesal dengan tindakan guru itu yang bertindak menumbuk anak saya dan tiga lagi rakannya hanya disebabkan mereka berada di koridor sewaktu ketiadaan guru dalam kelas,” katanya.

Fatimah berkata, jika hendak memberi pengajaran, biarlah dengan cara yang betul bukannya menumbuk.

Menurutnya, laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Kota Setar sebagai rujukan pada masa akan datang sekiranya kes yang sama berulang.

“Jika guru itu berada di tempat saya, apa yang dia akan rasa sekiranya perkara yang sama diperlakukan terhadap anaknya,” katanya.

Anaknya, Muhammad Faiz Mohd Bakri berkata, kejadian yang sama turut melibatkan tiga rakannya.

Muhammad Faiz berkata, seorang pelajar Tingkatan Empat memanggil mereka untuk berjumpa dengan guru itu setelah mereka memasuki kelas.

Dia berkata, guru itu kemudiannya bertindak menampar pipi kirinya dan tindakan menumbuk di bahagian perut juga dilakukan terhadap tiga rakannya yang lain.

“Kami juga hairan mengapa dia bertindak sedemikian, kerana kami hanya duduk di koridor manakala Mohd Nazali hanya keluar mengambil kerusi,” katanya.

Dia berkata, tiada kecederaan yang dialami mereka namun hanya berasa senak di bahagian perut selepas ditumbuk.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Azaman Mohd Jan mengesahkan menerima laporan dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular