Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 24 Julai 2011

Ditemui kain bertulis Kalimah ' ALLAH'




KOTA BHARU – Pengusaha barangan terpakai tidak akan menjual bungkusan pakaian terpakai yang didakwanya terdapat kalimah Allah walaupun ditawarkan pada harga RM1 juta.

Mohd Ghazali Puah Abdullah, 66, berkata, kalimah Allah itu ‘terbentuk’ tanpa disengajakan ketika kerja-kerja pembungkusan dilakukan.

Menurutnya, walaupun kalimah itu terbentuk daripada lipatan pakaian, ia dianggap sebagai rahmat dan rezeki kepadanya.

“Jalur baju itu membentuk kalimah Allah dan sama sekali tidak akan menjualnya walaupun ditawarkan sehingga RM1 juta.

“Sesiapapun boleh datang dan tengok sendiri, tapi saya tidak akan menjualnya,” katanya ketika ditemui di premis Super Bundle miliknya di Kawasan Perindustrian 2, Pengkalan Chepa, dekat sini semalam.

Katanya, jalur-jalur itu juga menghasilkan bentuk seakan lelaki sedang duduk antara dua sujud dalam solat sekiranya bungkusan itu ditegakkan.

“Saya mengimport dan mengeksport barangan terpakai lebih 40 tahun dan inilah kali pertama saya menemui ‘kalimah’ Allah pada bungkusan,” katanya.

Premisnya menerima bungkusan atau ‘bundle’ besar dari negara luar seperti Amerika Syarikat, Jepun, Korea dan Australia.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular