Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 22 Julai 2011

Dua mangsa simbahan asid ingin ke sekolah

KEADAAN Shafiq Aiman (kiri) dan Syafiq Haikal (kanan) ketika dirawat di HKL semalam.





KUALA LUMPUR - "Mak, macam mana adik nak pergi sekolah?"

Demikian rintihan salah seorang mangsa kejadian simbah asid, Shafiq Aiman Mat Safar Zaidi, 10, kepada ibunya, Rohashimah Julaili, 33, setelah disimbah asid oleh seorang lelaki yang dipercayai kurang siuman berdekatan rumah mereka di Felda Ketumbar Jengka 9, Maran, Pahang Selasa lalu.

Seorang lagi mangsa, Syafiq Haikal, 13 dan adiknya itu kini ditempatkan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kelmarin yang sebelum ini ditempatkan di Hospital Jengka.

Kata Rohashimah, Shafiq Aiman yang paling teruk terkena simbahan asid kerana kecederaannya meliputi muka dan separuh daripada badan manakala abangnya hanya terkena sebelah muka sahaja.

"Doktor memberitahu mata kedua -dua anak saya berkemungkinan tidak buta tetapi perlukan rawatan teliti bagi mengelakkan sebarang komplikasi lain yang tidak dijangka," katanya ketika ditemui wartawan di HKL semalam.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular