
KANGAR - Kadar zakat fitrah di Perlis tahun ini kekal RM6 sama seperti tahun lepas, kata Pengerusi Baitulmal Perlis, Datuk Abu Bakar Ahmad.
Bercakap kepada Bernama hari ini, beliau berkata, kadar itu ditetapkan dalam mesyuarat Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis baru-baru ini.
