Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 22 Julai 2011

Isteri ganas, belasah suami dengan lesung batu





AMPANG - Berang kerana dimarah suami, seorang wanita bertindak ganas apabila membelasah lelaki berkenaan sehingga retak hidung, selain lebam pada muka dan badan.

Difahamkan, dalam kejadian malam kelmarin, wanita berusia lewat 20-an itu menyerang suaminya berusia 32 tahun menggunakan senduk, lesung batu dan batu pengasah pisau.

Wanita itu juga hilang pertimbangan apabila bukan saja memukul suaminya, malah turut memijak dan mencekik anak perempuan mereka yang berusia 11 tahun ketika kanak-kanak itu cuba menghalang dia daripada terus menyerang suaminya yang sudah cedera.

Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, mangsa dikatakan memarahi isterinya sebaik mengetahui wanita itu mengambil cuti sakit tanpa memberitahunya.

“Perkara itu hanya diketahui lelaki terbabit selepas pergi ke pejabat isterinya untuk menjemput wanita itu pulang bekerja. Bagaimanapun, rakan sekerja memaklumkan isterinya tidak bekerja pada hari berkenaan kerana bercuti sakit.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular