Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 1 Julai 2011

Kes poligami tanpa kebenaran di Kelantan meningkat

IMBAS: Salih Yakob bersama ketiga-tiga isteri dan sebahagian anaknya dan sekarang beristeri 4.





KOTA BHARU – Kes poligami tanpa kebenaran di Kelantan meningkat daripada 1,046 bagi tempoh 12 bulan sepanjang tahun lalu kepada 1,698 kes bagi Januari hingga 16 Januari lalu.

Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Mohamad berkata, proses permohonan poligami di negeri itu mudah dan hanya mengambil masa tidak melebihi 21 hari selepas pendaftaran dibuat.

“Selama ini mahkamah tidak merahsiakan poligami dan mahkamah meluluskan semua permohonan lelaki yang berkemampuan untuk mengamalkannya.

“Kes permohonan pengesahan untuk nikah poligami iaitu membuat permohonan dulu sebelum kahwin baru bagi tahun 2010 sebanyak 109 kes dan bagi tempoh awal tahun ini hingga 16 Jun lalu sebanyak 69 kes,” katanya, di sini, semalam.

Menurutnya, pihak mahkamah sentiasa meluluskan permohonan berpoligami kerana ia proses yang mudah dan kebenaran diberikan kepada mereka yang didapati layak.

Katanya, selepas pendaftaran dibuat permohonan itu hanya mengambil masa tidak melebihi 21 hari dan selepas mahkamah mendengar dan selesai mengambil keterangan, notis dihantar kepada isteri pertama.

“Jika kes itu perlu segera diselesaikan kerana pasangan ingin ke luar negara atau alasan munasabah lain, budi bicara diberikan dan mungkin dalam tempoh seminggu ia diluluskan.

“Jika isteri pertama datang, sehari pun selesai dan jika mahu cepat, lelaki berkenaan perlu membawa isteri pertama dan jika tidak ada masalah, boleh lulus serta merta,” katanya.

Sementara itu, lelaki berpoligami seharusnya mengisytiharkan perkahwinan kedua dan seterusnya bagi mengelak fitnah di kalangan masyarakat.

Menurutnya, ini kerana terdapat kes serbuan yang dilakukan terhadap pasangan mendapati mereka memiliki sijil nikah Thailand tetapi merahsiakan perkahwinan itu.

Daud berkata, insentif untuk pengamal poligami yang mampu menguruskan isteri dan keluarga dengan baik mengikut Islam serta tidak merahsiakan amalan itu seperti cadangan Kerajaan Negeri disambut baik.

Cadangan insentif itu dibuat Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Wan Ubaidah Omar disambut baik Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang akan mempertimbangkan bentuk dan jumlah pemberian itu yang difikirkan sesuai.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular