Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 22 Julai 2011

Pemalsuan kad kredit di Brunei, 2 WN M'sia ditahan

Antara kad kredit dan pasport palsu serta barangan yang dirampas polis.



BANDAR SERI BEGAWAN - Kes pemalsuan kad kredit di negara ini semakin meningkat di mana sejak awal tahun ini sebanyak enam kes telah dilaporkan berhubung melakukan transaksi menggunakan kad-kad kredit 'klon.'

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pasukan Polis Diraja Brunei di sini hari ini, Bahagian Siasatan Jenayah Komersial telah menahan dua warga Malaysia dan mereka kini direman sementara menanti dibicarakan.

Kenyataan itu berkata, sejumlah 33 kes pemalsuan kad kredit antarabangsa serta pasport palsu yang digunakan oleh suspek telah dirampas. Polis menganggarkan lebih $15,000 transaksi telah dibuat menggunakan kad-kad kredit palsu yang mana sasaran utama mereka ialah kedai-kedai barangan kemas dan telefon bimbit.

Sehubungan itu, orang ramai diingatkan supaya jangan terlibat dalam aktiviti-aktiviti seperti ini serta tidak menerima sebarang tawaran berkaitan kad-kad kredit yang tidak diketahui kerana kes-kes seperti ini adalah dianggap satu kesalahan serius.

Orang ramai juga dinasihatkan supaya mengabaikan atau mengelak sebarang tawaran daripada e-mel atau SMS yang menghendaki maklumat-maklumat peribadi nombor akaun atau nombor kad kredit. Manakala pedagang-pedagang kad kredit pula dinasihatkan supaya lebih berhati-hati apabila berurusan dengan perbelanjaan besar menggunakan kad-kad kredit antarabangsa.

Menurut kenyataan itu lagi, Bahagian Siasatan Jenayah Komersial telah melaksanakan waran tangkap dan membawa seorang warga Malaysia ke Brunei yang dipercayai terlibat dalam beberapa kes penipuan kad kredit yang berlaku sekitar bulan Januari lalu.

Kes tersebut akan dihadapkan ke mahkamah di sini pada Isnin depan. Pihak Polis Diraja Brunei turut merakamkan penghargaan kepada bank-bank dan pedagang-pedagang atas kerjasama mereka dalam memberikan maklumat berhubung perkara ini.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular