Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 25 Julai 2011

Sempat masak sayur rebung sebelum maut




KUALA TERENGGANU - Seorang wanita sempat menyediakan masakan sayur rebung untuk anak bongsunya yang baru mendirikan rumah tangga kira-kira enam bulan lalu sebelum dia terbunuh dalam kemalangan selepas melawat cucunya di Kampung Maras, Batu Rakit, di sini, petang kelmarin.

Tukang rumah, Abdul Razak Kadir, 65, suami kepada Dayang Ahmad, 70, berkata, dia terkejut mendengar berita isteri keempatnya yang dikahwini sejak setahun lalu terbabit dalam kemalangan ketika pulang dari tempat kerjanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 petang itu, wanita berkenaan maut selepas motosikal dinaiki bersama cucunya, Nor Aida Syazana Zainudin, 17, terbabas apabila mengelak daripada merempuh seekor lembu ketika dalam perjalanan pulang dari rumah anak bongsunya di Bukit Agu, Tepoh, di sini.

Motosikal Yamaha 125Z ditunggang cucunya yang juga pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Guntung ketika hujan renyai gagal dikawal sebelum terbabas di bahu jalan selepas seekor lembu tiba-tiba menghalang laluan mangsa.

Warga emas itu maut di tempat kejadian selepas mengalami pendarahan teruk di kepala manakala cucunya cedera parah di badan dan muka kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri, Superintendan Alias Hashim ketika dihubungi semalam mengesahkan kejadian dan kedua beranak terbabit didapati tidak memakai topi keledar ketika kejadian.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular