Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 21 Julai 2011

Setiausaha sulit' kena jel, sebat





KOTA BHARU - Seorang pemuda terpaksa merengkok di penjara selama dua tahun dan menerima satu sebatan selepas Mahkamah Majistret di sini, semalam menjatuhkan hukuman tersebut kerana didapati bersalah menyamar sebagai Setiausaha Sulit kepada Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin untuk menipu beberapa mangsa di daerah ini.

Mengikut kertas pertuduhan, pada 4 Januari lalu sekitar pukul 1 petang, tertuduh, Wan Hazrul Anuar Wan Hussein, 28, didakwa menipu pemilik kedai televisyen di Kubang Kerian, Reza Nasriq Ridhuan, 25.

Dia yang menggunakan telefon telah menyamar dengan memperkenalkan dirinya sebagai Dr. Nik Yahya yang bekerja sebagai Setiausaha Sulit kepada Timbalan Menteri tersebut.

Dalam perbualan telefon itu, tertuduh menyatakan kepada mangsa bahawa ada pihak mahu menaja dua buah televisyen kepada Badan Perhubungan UMNO Kelantan dan akan menghantar pekerjanya untuk mengambil televisyen tersebut.

Pada kira-kira pukul 4.15 petang hari yang sama, seorang lelaki telah datang untuk mengambil dua buah televesyen berjenama Panasonic itu yang keseluruhannya berharga RM2,400 dan turut meninggalkan sekeping cek.

Mengikut kertas pertuduhan lagi, mangsa segera pergi ke bank berdekatan untuk menunaikan cek tersebut namun, mendapati ia adalah cek lama yang tidak boleh digunakan lalu membuat satu laporan di balai polis berdekatan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular