Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 10 Ogos 2011

Ayah cabuli anak gadisnya 'main pintu belakang'


KOTA BHARU–Tindakan jijik seorang bapa yang cuba memasukkan alat sulit ke dalam dubur anak tirinya dalam kejadian di Bunut Payong, di sini, dua bulan lalu dibalas dengan hukuman lima tahun penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Hukuman diputuskan Majistret Nur Zakiyah Shamsudin sejurus Wan Mustafa Wan Ismail, 32 didapati bersalah melakukan perbuatan mencabul kanak-kanak berusia 12 tahun itu pada 13 Jun lalu.

Kejadian berlaku di sebuah rumah di belakang Sekolah Kebangsaan (SK) Bunut Payong, di sini pada jam 2 pagi, tarikh berkenaan.

Berdasarkan fakta kes yang dikemukakan, tertuduh dikatakan mendatangi mangsa dan tidur di atas belakang gadis tersebut sebelum cuba memasukkan alat sulit pada dubur kanak-kanak berkenaan.

Susulan itu, tangkapan terhadap tertuduh dibuat sehari selepas kejadian dan dihadapkan ke mahkamah mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan dengan niat mencabul.

Pada prosiding semalam, Nur Zakiyah mengarahkan hukuman tersebut berkuat kuasa dari tarikh tangkapan. Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nabilah Nizam.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular