Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 10 Ogos 2011

Lelaki berang lihat bekas isterinya berasmara dg pemuda



KULIM - Gara-gara hilang sabar melihat bekas isteri dan teman lelakinya berdua-duaan di ruang tamu rumah, seorang duda nekad mengambil parang sebelum ‘menetak’ motosikal teman lelaki bekas isterinya itu.

Dalam kejadian di Kampung Padang Tembak dekat sini, jam 5.30 petang semalam, bekas isterinya turut pengsan akibat terkena hulu parang ketika cuba meleraikan pergaduhan antara kedua lelaki itu.

Menurut ibu mangsa, suspek dan mangsa telah bercerai beberapa bulan lalu tetapi masih datang ke rumah untuk berjumpa anak mereka.

“Ketika kejadian, saya sedang memasak di dapur manakala anak saya (mangsa) sedang berbual dengan teman lelakinya di ruang tamu rumah. Tiba-tiba terdengar bunyi orang bertengkar.

“Saya cuma dengar bunyi suara mereka bertengkar sebelum menjenguk untuk melihat apa yang berlaku dan ketika itu nampak bekas suami anak saya menetak motosikal teman lelakinya dengan parang panjang. Saya hanya sempat ambil cucu kerana takut tercedera atau terjatuh,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, sebelum ini dia tinggal di Rumah Orang Tua di Sungai Petani namun berpindah ke rumah anaknya untuk menjaga cucu.

Sementara itu, suspek ketika ditemui menyatakan sebelum kejadian mangsa telah menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) kepadanya dan meminta dia datang ke rumah untuk berjumpa anak mereka.

“Pada Februari tahun ini, bekas isteri saya telah ditangkap oleh Pejabat Agama Islam Daerah Kulim (PADK) kerana berkhalwat dengan teman lelakinya.

“Pada bulan April kami bercerai dengan talak satu. Sepanjang tempoh penceraian saya masih memberikan duit kepada bekas isteri dan membeli susu untuk anak-anak. Pada bulan Jun lalu saya nampak bekas isteri saya keluar bersama teman lelakinya. Saya telah menghentikan penghantaran wang kepadanya tetapi masih membeli keperluan untuk anak-anak.

“Saya mempunyai dua anak. Seorang bersama saya manakala seorang lagi bersama ibunya. Bekas isteri saya telah menghantar SMS kepada saya meminta saya menghantar anak ke rumahnya untuk mereka bermain.

“Tapi setelah sampai di rumahnya saya nampak motosikal kekasihnya berada di luar rumah. Saya memanggil mereka turun dan teman lelaki bekas isteri saya menyatakan bahawa anak saya adalah anak haram. Saya berang lalu merosakkan motosikalnya,” katanya sebelum ditahan dan dibawa ke Balai Polis Kulim untuk siasatan lanjut manakala teman lelaki bekas isterinya melarikan diri.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular