Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 2 Januari 2011

Pendakwah: 'Aa Gym sah ceraikan isteri pertama'

DISAHKAN BERCERAI: Aa Gym bersama isteri pertamanya Teh Ninih dan tujuh anak mereka.



BANDUNG: Pendakwah terkemuka Indonesia, K.H. Abdullah Gymnastiar atau lebih dikenali sebagai Aa Gym, disahkan telah bercerai dengan isteri pertamanya, Cik Ninih Muthmainah (Teh Ninih), setelah dua kali talak.

Beberapa sumber berkata rumah tangga Aa Gym dengan Teh Ninih mula goyang kerana Aa Gym lebih sering tinggal di Jakarta bersama isteri mudanya.

Teh Ninih pula tinggal di Bandung.

Populariti Aa Gym merosot dan perniagaannya kemudian muflis selepas beliau memutuskan untuk berpoligami pada September 2006 dengan menikahi janda beranak tiga, Cik Alfarini Eridani.

Aa Gym dikurniakan tujuh anak hasil pernikahannya dengan Teh Ninih.

Beliau mendapat seorang anak lelaki hasil pernikahannya dengan Teh Rini.

Perceraian Aa Gym dengan Teh Ninih disahkan oleh Ketua Majlis Ulama Indonesia (MUI) Kota Bandung, Encik K.H. Miftah Farid, Khamis lalu.

Aa Gym menjatuhkan talak kedua ke atas Teh Ninih lebih tiga bulan lalu.

'Kami berbincang melalui telefon. Aa bilang berpisah merupakan huraian terbaik bagi dirinya dan Teh Ninih. Aa juga bilang, sudah tidak mampu lagi memberikan nafkah lahir dan batin pada Teh Ninih,' terang Encik Miftah.

Para wartawan setempat cuba mendapatkan komen Aa Gym di Pesantren Daarut Tauhid di Bandung kelmarin.

Namun, Aa Gym tidak mahu diganggu.

'Aa Gym untuk sementara ini tidak bisa diganggu. Mungkin ada saatnya nanti beliau ngomong. Tetapi kapannya saya nggak tahu pasti, kerana itu hak beliau,' ujar seorang pengurus di situ yang dikenali sebagai Encik Bani.

Sementara itu, ibu Teh Ninih ditukil sebagai berkata:

'Memang poligami itu dibolehkan tetapi 'kan harus adil, sedangkan Aa kelihatannya tidak adil kerana lebih mementingkan isteri mudanya. Aa sosok yang baik, tetapi semua orang pasti ada kekurangannya.

'Aa pernah bilang pada ibu dengan nada tinggi untuk tidak ikut campur urusan rumah tangga orang lain.'

Sebelum menikahi Teh Rini, hubungan Aa Gym dengan Teh Ninih dilaporkan sangat rapat dan mereka menjadi idola keluarga sakinah.

Ketika dihubungi wartawan pada Oktober lalu, Teh Rini menafikan perceraian Aa Gym dengan isteri pertamanya.

'Tidak benar Teh Ninih bercerai dengan Aa di Bandung. Hubungan kami bertiga baik-baik saja.

'Keluarga yang satu dengan keluarga yang lain baik-baik saja. Saya baru tahu, tidak benar ada gugatan cerai. Itu fitnah,' kata Teh Rini.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular