Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 1 April 2011

Din Lombok penyamun di Malaysia

DARI kanan, Jas, Suhardi@Aweng, Ghadi@Ghani dan Genoh.




SABAK BERNAM: Empat lagi saki-baki kumpulan Rantau Sabak diketuai Samaldin Muda atau Din Lombok kini diburu polis berhubung beberapa kejadian samun berkawan dan pecah rumah di daerah ini sejak awal tahun.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohamad, berkata hasil risikan polis, pihaknya menahan empat suspek termasuk perancang utama serta seorang wanita pada 3 Mac lalu.

Beliau berkata, suspek yang diburu dikenali sebagai Suhardi atau lebih dikenali sebagai Aweng, 25, Genoh, 25, Gadi atau Ghani 23, dan Jas, 22, malah pihaknya yakin semua mereka masih berada di negara ini.

“Kumpulan dianggotai warga asing itu menyasarkan pemilik ladang dan pemilik kebun kelapa sawit sebagai mangsa.

“Hasil siasatan mendapati, sejurus memasuki rumah mangsa, penyamun mengikat ibu jari kaki dan ibu jari tangan mangsa menggunakan wayar.

“Mereka mengugut akan mencederakan mangsa sebelum menggeledah rumah untuk mencari barang berharga seperti telefon bimbit, barang kemas, komputer riba dan wang tunai serta melarikan kenderaan mangsa,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Dengan tertangkapnya suspek terbabit, pihaknya menyelesaikan enam kes samun berkawan tanpa senjata api dan empat kejadian pecah rumah di daerah itu serta dua di Hutan Melintang, Perak.

Noor Mushar berkata, modus operandi penjenayah terbabit ialah mereka terlebih dulu melakukan pembahagian tugas sebelum samun.

Biasanya kerja itu dilakukan jam 3 pagi hingga 6 pagi dan rumah dipecah masuk dengan mengopak cermin tingkap,” katanya.

Beliau berkata, kali terakhir kejadian samun dilakukan di Parit 15 Sungai Panjang, 1 Mac lalu, membabitkan kecurian sebuah Proton Wira dilarikan bersama wang RM2,500, lima telefon bimbit dan barang kemas.

Noor Mushar berkata, susulan itu, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam menubuhkan satu pasukan khas bagi menjejaki kumpulan terbabit.

“Kehadiran kumpulan itu menyumbang peningkatan kes jenayah di daerah ini khususnya pecah rumah dan samun berkawan.

“Sejak kumpulan ini mengganas, kerugian dianggarkan berjumlah RM150,000,” katanya meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian itu supaya menyalurkan di balai polis berhampiran.

Hasil usaha polis juga membawa kepada penemuan semula tiga kenderaan milik mangsa yang dilarikan suspek dalam tiga kes samun berasingan iaitu sebuah kereta Proton Saga, Wira dan Avanza.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular