Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 1 April 2011

Ibu koyak cek dermasiswa anak


SINGAPURA: Marahkan nyamuk kelambu dibakar. Gara-gara terlalu marah dan tidak dapat mengawal emosinya, seorang ibu tergamak mengoyakkan dua keping cek dermasiswa yang diterima dua anaknya.

Cek bernilai $100 setiap satu itu diberikan oleh Dana Pendidikan Harun Ghani (HGEF) kepada kededua anaknya - masing-masing di darjah 1 dan darjah 2.

Kemarahan itu timbul selepas beliau dinasihatkan agar tidak menghadiri majlis penyampaian cek dermasiswa pada 26 Februari lalu di Yayasan Mendaki kerana penyakit batuk kering (TB) yang dihidapinya.

Menyingkap kejadian itu, Setiausaha Kehormat HGEF, Hajah Siti Haslinda Putri Harun, berkata:

'Kami tak galakkan beliau datang kerana TB penyakit berjangkit dan beritahunya cek-cek akan dikirimkan menerusi pos.

'Beliau mungkin tidak dapat menerimanya atau berkecil hati. Kami faham tekanan yang beliau hadapi.'

Suami wanita itu masih menjalani pemulihan di Penjara Changi.

Kededua cek itu dikirimkan kepada ibu berkenaan 2 Mac lalu tetapi beliau pulangkannya dalam keadaan koyak menerusi pos dua hari kemudian.

'Beliau hubungi kami dan beritahu telah koyakkan cek-cek itu dan pulangkan semula kepada kami. Ditanya mengapa koyakkan cek-cek itu, beliau hanya kata tak tahu,' kata Hajah Siti Haslinda.

Apabila dihubungi Rabu lalu, ibu lima anak berusia 30 tahun itu berkata: 'Saya ingat cek-cek itu adalah dalam surat dari HGEF yang saya pegang.

'Lalu saya koyakkan sampul suratnya tanpa menyedari cek-cek itu ada di dalamnya. Saya tengah bingung ketika itu.

'Maafkan saya... Saya tak sengaja... betul saya tak sengaja!'

Sambil menunjukkan e-mel gambar cek-cek yang telah koyak, Hajah Siti Haslinda berkata seminggu selepas itu ibu berkenaan kerap menelefon dan minta dihantarkan cek-cek untuk anaknya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular