Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 3 April 2011

Kelantan minat jadi tuan rumah

FOTO: INILAH pandangan dari bahagian atas Stadium Sultan Muhammed IV di Kota Bharu, Kelantan.




PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) berhasrat mengemukakan permohonan kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) untuk menjadikan Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu sebagai gelanggang perlawanan antara skuad Olimpik negara dengan Lebanon pada 23 Jun depan.

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, hasrat tersebut telah mendapat persetujuan Ahli Majlis KAFA agar permoho- nan tersebut disampaikan kepada AFC melalui Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk dipertimbangkan.

"Hasrat tersebut perlu dipertimbangkan oleh FAM dan AFC. Sekiranya ia berjaya, Kelantan bersedia menyediakan satu suasana boleh sepak yang 'hidup dan penuh' bagi memberi sokongan padu kepada skuad negara.

"Saya sudah sampaikan perkara ini secara tidak rasmi kepada AFC dan sekarang masanya untuk permohonan itu dibuat secara rasmi. Kita mahu tengok bola sepak dimainkan dalam suasana yang hidup dengan stadium penuh sesak," kata Annuar semalam.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penutup Pesta Sukan dan Permainan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Mene- ngah Rendah Zon Timur 2011 (SUPER) di MRSM Pasir Tumboh.

Skuad Olimpik negara akan beraksi menentang Lebanon dalam pusingan kedua Kelayakan Olimpik 2012 pada 19 dan 23 Jun depan.

Perlawanan yang akan dilangsungkan secara timbal balik itu bakal diadakan terlebih dahulu di Lebanon dan kemudiannya di Malaysia.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular