
KUALA LUMPUR: Kes saman pelakon dan pengacara Sheila Rusly terhadap bekas rakan kongsi perniagaan restorannya Datuk Azlina Che Abdullah selesai semalam selepas Mahkamah Tinggi membubarkan perniagaan perkongsian Restoran Nasi Dagang House itu.
Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Hamidah Md Deril yang membacakan keputusan itu dalam penghakimannya memerintahkan pembubaran restoran itu bermula dari 31 Mac, iaitu dari tarikh penghakiman dikeluarkan. - Bernama
