Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 2 April 2011

Malek Noor keluar ICU

IMBAS: Bekas jaguh bina badan negara, Datuk Abdul Malek Noor (tengah) dipapah oleh pegawai perubatan selepas diserang sakit jantung ketika menyertai perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Ipoh, Perak kemarin.



IPOH: Selepas tiga hari ‘ditahan’ di wad Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Pantai Ipoh (HPI) akibat serangan jantung pada malam Rabu lalu, bekas jaguh bina badan negara, Datuk Malek Noor dipindahkan ke wad biasa, petang semalam.

Keadaan kesihatannya kini kembali stabil, namun doktor menasihatkannya supaya tidak banyak bergerak dan lebih banyak berehat.

Malek diserang sakit jantung selepas lima minit sepak mula perlawanan bola sempena Piala Amal Menteri Besar Perak di Stadium Perak, di sini, sebelum dikejarkan ke HPI untuk menerima rawatan kecemasan.

Adik bongsu Malek, Mohd Salleh Mohd Noor, 49, ketika dihubungi semalam, berkata abangnya kini dipindahkan dari wad ICU ke wad biasa hospital sama kira-kira jam 3.30 petang semalam selepas dia (Malek) menunjukkan reaksi positif terhadap ubat dan rawatan yang diberi.

Bagaimanapun, katanya, doktor menasihatkan dia (Malek) tidak banyak bergerak dan berehat sepenuhnya bagi membolehkan kesihatan pulih seperti biasa.

“Doktor memantau keadaannya dan sejak semalam (kelmarin), dia boleh bercakap dan duduk. Namun, masih kelihatan lemah.

“Jika tiada aral melintang, dia akan dibenarkan keluar dari wad esok (hari ini) atau Isnin,” katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular