Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 6 April 2011

Pelajar asing di UTM melepasi 3,000 orang



JOHOR BAHRU: Seramai 1,983 graduan menerima ijazah dan diploma pada Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kali ke-46 di Dewan Iskandar UTM di sini baru-baru ini.

Daripada jumlah itu, seramai 45 graduan menerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD), 946 (Sarjana), dua (Diploma Lepasan Ijazah), 865 (Sarjana Muda) dan 125 (Diploma).

Sementara itu, seramai 311 penerima adalah graduan antarabangsa dengan 136 graduan sarjana manakala enam lagi penerima PhD.

Bilangan graduan ijazah sarjana muda yang mendapat kelas pertama pada konvokesyen kali ini adalah seramai 57 orang dan 427 orang adalah kelas kedua tinggi.

Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Dr. Zaini Ujang dalam ucapannya berkata, bilangan mahasiswa universiti itu pada tahun lalu mencatatkan jumlah yang tinggi iaitu 20,800 orang dengan 2,200 daripadanya dalam bidang kedoktoran, 6,900 lagi di peringkat sarjana dan selebihnya sarjana muda.

"Buat pertama kalinya juga jumlah mahasiswa luar negara meningkat melepasi 3,000 orang pada 2010. Staf akademik bukan warga negara pula dijangka mencecah 200 orang akhir tahun ini," katanya.

Perkembangan itu, katanya, selari dengan status UTM sebagai universiti penyelidikan dengan disokong kesediaan warganya menjadikan universiti itu sebagai terulung di negara ini.

Selain itu, katanya, sebagai langkah memacu UTM ke peringkat yang lebih tinggi, konsep universiti penyelidikan berasaskan keusahawanan akan dimajukan lagi yang mana minda keusahawanan ini akan dipupuk dalam semua bidang ilmu dan tidak bidang perniagaan sahaja.

Beliau berkata, sejak bermulanya sesi akademik 2010/11, kajian berkaitan Sekolah Perniagaan Harvard (HBS) diperkenalkan kepada seluruh mahasiswa UTM.

Pada tahun ini pula katanya, UTM akan bekerjasama dengan Kelab Alumni HBS Malaysia untuk mengundang beberapa profesor ternama dari Universiti Harvard untuk melatih lebih ramai pensyarah UTM mengendalikan kajian itu.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular