Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 3 April 2011

Remaja parah dilanggar MRT di Stesen Ang Mo Kio

FTO: Remaja perempuan ini dalam keadaan sedar ketika diselamatkan para pegawai SCDF setelah terjatuh dan dilanggar kereta api.





SINGAPURA: SEORANG remaja perempuan b berusia 14 tahun cedera parah setelah dilanggar kereta api di Stesen MRT Ang Mo Kio semalam.

Dalam kejadian sekitar 11.10 pagi itu, remaja Thailand itu dikatakan terjatuh ke landasan lalu dilanggar kereta api.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu berkata mereka melihat remaja tersebut berada di bawah kereta api.

Menurut para saksi, bahagian bawah badan remaja itu kelihatan cedera teruk manakala tulang lututnya dilihat tertonjol keluar.

Kepalanya juga kelihatan berdarah.

Para penumpang kemudian diarah oleh para pegawai MRT agar turun bagi melancarkan kerja-kerja menyelamat dan mereka tidak dapat melihat apa yang berlaku ke atas remaja itu.

Pengendali tren, SMRT, dalam kenyataannya berkata, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) tiba di stesen MRT itu sekitar 11.20 pagi.

SCDF berkata bahawa para pegawainya terpaksa menggunakan pengaup pengusung bagi menyelamatkan remaja itu.

Menurut SCDF, remaja itu dalam keadaan sedar sepanjang dia diselamatkan.

Remaja itu kemudian dikejarkan ke Hospital Tan Tock Seng.

Para penumpang berkata perkhidmtan kereta api ke bahagian selatan tergendala antara 10-15 minit oleh kejadian tersebut.

Polis masih menjalankan siasatan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular