Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 1 April 2011

‘Sedia maaf jika dia lupakan ayah’



MUAR: “Saya bencikan dia dunia dan akhirat. Bagaimanapun, saya sedia maafkan jika dia sanggup lupakan ayah kandungnya,” kata Salmah, 54, ibu kandung Azli ketika ditemui hari ini.

Menurut Salmah, tindakannya itu berpunca daripada perceraiannya dengan suami kira-kira 16 tahun lalu.

“Saya ditinggalkan sebatang kara, malah dibiarkan tanpa nafkah untuk menyara anak sedangkan dia (suami) lari bersama perempuan lain.

“Tanpa sebarang sebab atau pertikaian, saya diceraikan melalui surat,” katanya ketika ditemui di sini.

Menurut Salmah, sejak itu, dia tertekan dan terpaksa bekerja keras untuk menyara kelima-lima anak termasuk Azli.

Bagaimanapun, Salmah yang berpenat lelah membesar dan menyara anaknya itu tersentak apabila Azli menemui bekas suaminya semula lima tahun lalu dan mempelawa lelaki berkenaan tinggal bersama.

“Tindakannya membuatkan saya jauh hati kerana pengorbanan selama ini langsung tidak dihargai Azli. Tergamak dia membawa lelaki yang pernah menghancurkan hati saya tinggal bersamanya.

“Sejak itu saya sengaja buat cerita supaya Azli tertekan, seterusnya menghalau ayahnya daripada tinggal bersamanya,” katanya.

Azli tinggal bersama bekas suami Salmah di rumah lain menyebabkan ibu tunggal itu tidak mahu ke rumah Azli kerana terlalu benci untuk melihat wajah bekas suaminya.

“Hati saya pedih kerana dia melupakan saya selepas bertemu bapanya, malah bertambah pedih apabila kedua-duanya datang sekali,” katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular