Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 1 Mei 2011

Dari Facebook ke Jinjang pelamin...

ZED ZAIDI dan isterinya, Natalia atau Nelly merancang mempunyai sepasang cahaya mata.




KUALA LUMPUR - Bermula daripada laman sosial Facebook telah berubah menjadi bibit-bibit cinta antara pelakon Zed Zaidi dan Natalia hingga membawa mereka ke jinjang pelamin.

Zed Zaidi atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil kelihatan berseri-seri pada majlis pernikahannya dengan Natalia Halimatun Mustafa Kamal yang berlangsung di Restoran Felda Villa, Kuala Lumpur pada 29 April lalu.

Zed selamat diijabkabulkan oleh bapa pengantin perempuan, Mustafa Kamal Datuk Seri Hussein dengan sekali lafaz.

Bicara Zed, hatinya terbuka untuk melamar Natalia yang lebih mesra disapa Nelly setelah pulang daripada mengerjakan umrah pada tahun 2009.

"Kami berkenalan di Facebook sejak tiga tahun lalu. Pada asalnya, kami merupakan rakan biasa sahaja sehinggalah selepas saya pulang menunaikan umrah.

"Perasaan itu datang dengan sendiri. Sememangnya dia wanita yang paling rapat dengan saya ketika itu dan tidak sangka rakan baik saya merupakan jodoh saya.

Tambah Zed, Nelly ialah seorang wanita yang sentiasa memahami dirinya dan selalu ada bersamanya sewaktu susah dan senang. Dia sanggup menjadi pendengar setia ketika dirinya dilanda masalah.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular