Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 1 Mei 2011

Pakatan Pembangkang Sarawak Tubuh 'Kabinet Bayangan'




KUCHING - Berkuatkuasa Ahad, pakatan pembangkang Sarawak menubuhkan 'kabinet bayangan' untuk memantau prestasi menteri dan menteri muda negeri.

Ketua Pembangkang negeri Wong Ho Leng berkata 'kabinet bayangan' juga mengandungi portfolio tambahan seperti tadbir urus baik, hal ehwal Tanah Adat (NCR), hal ehwal wanita, perpaduan negara dan hal ehwal pengguna.

Katanya "kabinet bayangan" 16 anggota itu terdiri daripada 15 wakil rakyat pembangkang dan seorang anggota PAS (Adam Ahid) yang bukan wakil rakyat.

"Mereka perlu mengemukakan laporan tetap mengenai portfolio mereka bagi membolehkan kami mengetahui prestasi menyeluruh kerajaan negeri," katanya kepada pemberita di sini.

Portfolio berkenaan ialah:

Ketua Pembangkang Negeri - Wong Ho Leng (DAP)

Sumber Asli dan Tadbir Urus Baik - Wong Ho Leng (DAP)

Pembangunan Tanah dan Hal Ehwal NCR - Baru Bian (PKR)

Kewangan - Chong Chien Jen - (DAP)

Kerajaan Tempatan - Ling Sie Kiong (DAP)

Pelancongan, Warisan dan Alam Sekitar - See Chee How (PKR)

Pembangunan Luar Bandar - Chew Chiu Sing (DAP)

Pembangunan Perindustrian - Yap Hoi Liong (DAP)

Kesihatan Awam - Dr Wong Hua Seh (DAP)

Pembangunan Sosial dan Hal Ehwal Wanita - Violet Yong Wui Wui (DAP)

Kemudahan Awam - Wong King Wei (DAP)

Pembangunan Infrastruktur dan Komunikasi - Chew Wang See (DAP)

Pertanian - Ting Tze Fui (DAP)

Perumahan dan Pembangunan Bandar - Fong Pau Teck (DAP)

Hal Ehwal Pengguna - David Wong Kee Woan (DAP)

Hal Ehwal Agama Islam dan Perpaduan Negara - Ali Biju (PKR)/Adam Ahid (PAS).

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular