Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 1 Mei 2011

Video Seks: Jalan terbaik bagi Anwar

Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin.




KUALA LUMPUR - Sumpah secara terbuka di hadapan umum merupakan jalan terbaik bagi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membersihkan dirinya daripada tuduhan sebagai pelaku di dalam rakaman video seks membabitkan seorang pelacur dipercayai dari negara China.

Tindakan itu wajar dilakukan kerana Ketua Pembangkang itu kini berada pada kedudukan pihak yang kena tuduh dan seharusnya Anwar berbuat sesuatu berdasarkan hukum syarak untuk membebaskannya daripada tuduhan tersebut.

Bagaimanapun Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata, terpulang kepada Anwar untuk melakukan sumpah berkenaan atau sebaliknya kerana ia bukan satu bentuk paksaan.

''Anwar dalam isu ini sepatutnya bersumpah. Namun begitu terpulanglah kepada Anwar sama ada beliau mahu melakukannya atau tidak.

''Tambahan pula ini bukannya perintah mahkamah dan sesiapapun tidak berhak untuk memaksa Anwar bersumpah. Seperti yang saya katakan tadi perkara ini kita serahkan sepenuhnya kepada Anwar,'' katanya kepada wartawan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya langkah yang perlu dilakukan oleh Anwar bagi membersihkan dirinya setelah dituduh oleh trio 'Datuk T' sebagai pelaku di dalam rakaman video seks dikatakan mirip wajah Ketua Pembangkang itu.

Tuduhan itu diperkuatkan lagi dengan sumpah laknat oleh salah seorang anggota trio tersebut iaitu bekas rakan karib Anwar, Datuk Shazryl Eskay Abdullah di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul, di sini Jumaat lalu bagi membuktikan pembabitan Anwar sebagai pelaku di dalam rakaman video seks berkenaan.

Mengulas isu sama, Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya berkata, Anwar wajar segera bersumpah dan ia perlu dilakukan secara terbuka di hadapan umum.

''Ini adalah cara terbaik untuk bersihkan diri daripada tuduhan tersebut. Paling baik dilakukan di mahkamah syariah dengan disaksikan hakim,'' ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan beliau berkata, pihak yang menuduh Anwar sebagai pelaku di dalam video seks itu perlu mengemukakan bukti di mahkamah syariah supaya satu bentuk pendakwaan boleh dilakukan.

''Rasulullah SAW perintahkan setiap pertikaian hendaklah diselesaikan. Oleh itu (dalam isu ini) bagi pihak yang mendakwa dikehendaki membawa bukti manakala pihak yang menafikan perlu bersumpah.

''Dalam perkara ini juga tidak ada sumpah laknat di pihak Shazryl Eskay. Shazryl Eskay silap mendapat nasihat.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular