Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 1 Julai 2011

Ayah rogol anak gadisnya 3 kali




KOTA BHARU – Seorang bapa enam anak berdepan hukuman penjara sehingga 30 tahun selepas menghadapi pertuduhan merogol anak gadisnya sebanyak tiga kali antara 2007 dan 2008 lalu.

Lelaki berusia 48 tahun itu diarah Mahkamah Sesyen Kota Bharu, di sini, semalam untuk membela diri pada 28 Julai depan selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes berkenaan ke tahap prima facie.

Solahuddin Awang Man didakwa dua kali melakukan perbuatan terkutuk itu ketika berada di rumahnya sendiri di Kampung Banggol Nering, Tanah Merah pada jam 2 pagi 6 dan 10 Ogos 2007.

Gadis malang berusia 19 tahun itu mendakwa sekali lagi dinodai bapa kandungnya masuk kali ketiga semasa mereka berada di rumah neneknya di kampung sama, 8 pagi, 25 April tahun berikutnya.

Susulan laporan polis yang dibuat mangsa, Solahuddin ditahan 11 Ogos 2009 dan kali pertama dihadapkan ke mahkamah pada 19 Ogos tahun sama mengikut Seksyen 376B dan 376(3) Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dijatuhi hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak lebih 30 tahun dan sebat tidak kurang 10 sebatan mengikut peruntukan Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan kerana menyetubuhi perempuan yang tidak boleh dinikahinya.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nor Hamizah Ghazali dan peguam bela, Zamri Mat Nawang di hadapan Hakim Rofiah Mohamad.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular