Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 1 Julai 2011

Keselamatan lebih ketat mulai hari ini




SINGAPURA - KESEMUA 14 majlis bandaran kendalian Parti Tindakan Rakyat (PAP) akan melaksana langkah keselamatan lebih ketat bagi tangki air blok HDB. Ia akan dijalankan secara bertahap, bermula hari ini dan dijangka siap sepenuhnya menjelang 31 Disember.

Ini setelah agensi air negara, PUB, berkata dalam satu kenyataan semalam ia telah melanjutkan tarikh pelaksanaan dua langkah keselamatan kepada 31 Disember.

Ia menyusuli maklum balas daripada majlis bandaran, jawatankuasa pengurusan hak milik strata (MCST) dan pemilik bangunan bahawa mereka perlukan lebih banyak masa.

PUB mengumumkan Mei lalu semua langkah keselamatan itu harus dilaksana selewat-lewatnya hari ini.

Dalam satu sidang media di Majlis Bandaran Holland-Bukit Panjang semalam, pengerusi penyelaras majlis bandaran PAP, Dr Teo Ho Pin, berkata satu prosedur operasi terselaras (SOP) lebih ketat bagi mengawal kemasukan individu ke kawasan bumbung blok telah disiapkan dan berkuatkuasa mulai hari ini.

Antara lain, SOP itu menetapkan mereka yang diizin masuk ke kawasan bumbung blok memakai ves keselamatan bernombor siri dan hanya individu yang diizin boleh memegang kunci bumbung, tangki air dan bilik pam.

Semua majlis bandaran PAP akan juga menyediakan sebuah kotak simpanan khas bagi kunci penutup tangki air, pintu masuk ke bumbung dan bilik pam.

Dua lagi langkah keselamatan - memperkenal sistem mangga lebih bermutu serta kunci tidak boleh diduplikasikan dan memasang pendakap keluli pada penutup tangki air - memerlukan masa dan mereka telah berunding dengan PUB bagi mendapatkan lebih banyak masa.

Semua majlis bandaran PAP, kecuali Majlis Bandaran Sembawang, akan mengeluarkan tender dalam masa terdekat bagi melaksana dua langkah keselamatan itu, yang dijangka menelan belanja lebih $6 juta - $3.35 juta bagi sistem mangga serta kunci baru dan $3 juta hingga $4 juta bagi pendakap keluli.

Majlis Bandaran Sembawang telah mengeluarkan tender dan beberapa blok di situ bakal menjadi kumpulan blok pertama dipasang dua langkah keselamatan itu dalam masa dua minggu ini.

Ia termasuk Blok 686B di Woodlands Drive 73. Pada 16 Mei lalu, mayat seorang pembantu rumah Indonesia ditemui dalam salah sebuah tangki air di bumbung blok tersebut - insiden yang menyebabkan PUB mengumumkan pelaksanaan langkah- langkah keselamatan tersebut.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular