Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 24 Julai 2011

Lelaki tikam bekas isteri, serah diri

IMBAS: Di tempat letak kereta pasar raya inilah Hazita parah akibat ditikam berkali-kali dengan gunting didakwa oleh bekas suaminya di Kota Bharu.




KOTA BAHARU - Seorang lelaki yang dipercayai menikam bekas isterinya sehingga cedera parah di tingkat bawah ruang meletak kereta sebuah pasar raya bulan lepas, hari ini menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu, di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Baharu, ACP Azham Othman berkata suspek yang berumur 28 tahun itu hadir ke balai polis bersendirian kira-kira pukul 3 petang.

"Kami sudah ambil keterangan daripada suspek dan dia akan direman untuk siasatan lanjut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam kejadian bulan lepas seorang wanita berumur 27 tahun ditikam bertubi-tubi di tingkat bawah ruang meletak kereta sebuah pasar raya di Jalan Sultan Yahya Petra di sini.

Wanita itu mengalami kecederaan serius akibat ditikam dengan sebilah gunting di kepala, leher serta dikelar di bahagian muka, dan beberapa media melaporkan ia dipercayai dilakukan oleh bekas suami wanita itu.

Azham berkata kes sedang disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan cedera parah dengan senjata dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara hingga 20 tahun dan denda atau sebatan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular