Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 24 Julai 2011

Dua pelajar STAR cedera disengat tebuan




IPOH - Dua pelajar Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman, Ipoh, cedera akibat disengat tebuan ketika mereka dalam perjalanan pulang dari Gunung Korbu, dekat Kuala Kangsar, kira-kira 60km dari sini, semalam.

Pegawai Kanan Bomba Kuala Kangsar, Ismail Darus berkata Mohd Adlin Aiman Razali dan Mohd Harith Zainuddin, kedua-dua berusia 14 tahun, mengalami bengkak-bengkak di seluruh badan akibat kejadian, dan mereka sedang dirawat di Hospital Kuala Kangsar.

"Mereka masih dirawat di hospital dan keadaan mereka stabil," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 7 petang semasa mereka berdua bersama 23 pelajar dari sekolah itu sedang menuruni gunung tersebut untuk pulang ke asrama sekolah di sini.

Menurutnya laporan kejadian diterima pada pukul 7.25 petang dan lebih 40 petugas dari Jabatan Bomba, Jabatan Pertahanan Awam(JPAM), polis dan Rela, dengan bantuan orang ramai bergegas ke tempat kejadian untuk menghulur bantuan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular