
PORT DICKSON – Polis berjaya menahan tiga mahasiswi daripada salah sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Selangor, pagi Rabu lalu kerana didakwa menjual dua komputer riba curi.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Baljeet Singh berkata, polis turut berjaya menahan tujuh remaja lelaki berusia antara 16 hingga 19 tahun pada hari yang sama selepas didapati terbabit sebagai pembekal komputer riba berkenaan.
“Kesemua remaja tersebut merupakan mereka yang keciciran dalam persekolahan dan ditahan di sekitar Telok Kemang sementara ketiga-tiga mahasiswi yang berusia antara 20 dan 22 itu ditahan di IPTA.
“Mahasiswi terbabit telah menjual komputer riba tersebut kepada rakan-rakannya di universiti berkenaan dengan harga RM650 dan RM800 setiap satu.
“Sementara tujuh remaja terbabit berjaya ditahan polis di sekitar Telok Kemang pada lokasi yang berbeza,” katanya.
Polis sedang menyiasat kes di bawah seksyen 395 Kanun Keseksaan atas kesalahan samun berkawan
