Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 2 September 2012

Nordi serik menikah dengan wanita Indonesia



NORDI (dua dari kanan) bersama Nurul Safiza Fitri (kanan), Muhammad Nurhan (kiri) dan Nur Masyita Amiera di rumah mereka di Flat Kempas dekat Johor Bahru baru-baru ini.


JOHOR BAHRU – Nordi Adi, 57, yang tidak sabar untuk bertemu dengan anak kesayangannya, Siti Norzana, 12, tidak menolak kemungkinan untuk berkahwin sekali lagi sekiranya menemui jodoh yang sesuai.

Siti Norzana kini sedang dalam proses terakhir untuk dibawa pulang dari Indonesia oleh Biro Aduan Komuniti Pergerakan Pemuda UMNO.

Nordi ketika dihubungi semalam mengakui agak sukar untuk kaum Adam sepertinya menjaga empat orang anak lebih-lebih lagi kesemua zuriatnya pernah melalui mimpi ngeri sepanjang tinggal bersama dengan ibu tirinya di negara berkenaan.

“Kalau ditakdirkan saya jumpa jodoh, bagus juga sebab boleh bantu saya dan menjadi ibu untuk menjaga anak-anak yang semakin membesar.

“Tapi sebenarnya, saya tak fikirkan hal-hal ini (berkahwin) kerana saya kini nak fokus kepada anak-anak dulu,” katanya yang sudah serik dengan wanita warganegara Indonesia.

Baru-baru ini, keluarga Nordi Adi mendapat perkhabaran gembira daripada Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Muhammad Khairun Aseh yang memberitahu, kes Siti Norzana kini di peringkat akhir dan kanak-kanak itu akan dibawa pulang tidak lama lagi selepas urusan Imigresen selesai.

Pada minggu lalu, Nordi mengejutkan banyak pihak apabila nekad ke Indonesia untuk membawa pulang Siti Norzana tetapi dia dinasihat untuk tidak meneruskan hasrat tersebut atas faktor keselamatan.

Nordi sebelum ini mendapatkan bantuan Biro Aduan Komuniti Pergerakan Pemuda UMNO untuk menyelamatkan empat anaknya yang didakwa diculik dan disimpan oleh ibu tiri mereka di Lampung sejak dua tahun lalu.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular