Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 1 September 2012

PELAJAR IPTA BERKHALWAT DICEKUP


Pegawai Penguatkuasa JAJ sedang menyoal siasat pelajar IPTA yang ditangkap berkhalwat.




KLUANG - Dua pasangan kekasih yang masih menuntut di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) antara yang ditahan oleh Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Johor (JAJ) daerah Kluang dalam operasi cegah maksiat di sebuah hotel bajet, awal pagi kelmarin.

Kedua-dua pasangan itu ditahan bersama pasangan masing-masing pada jam 4.10 pagi hasil daripada operasi yang dijalankan sempena sambutan Hari Kemerdekaan.

Pegawai Tadbir Agama daerah Kluang, Mohd Khalil Mohd Noor berkata, operasi yang dijalankan itu melibatkan lapan kakitangan JAJ bersama-sama dengan empat anggota Cawangan Penyiasatan Khas (CPK) Kem Mahkota Kluang bermula jam 1 hingga 6 pagi.

“Pasangan tersebut antara tujuh pasangan yang ditahan ketika serbuan dilakukan di hotel bajet dan bilik sewa di sekitar bandar Kluang.

“Ketika soal siat dilakukan, kedua-dua pasangan tersebut berusia antara 20 hingga 21 tahun itu memberi alasan ketiadaan bas untuk pulang ke rumah kakak salah seorang daripada penuntut IPTA tersebut yang terletak di Pekan Paloh.

“Kesemua yang ditahan ditangkap dalam bilik berasingan tetapi hotel bajet yang sama. Hasil pemeriksaan lanjut, mereka berempat mempunyai sebuah kereta yang digunakan untuk balik daripada Melaka ke Kluang sempena cuti Hari Kemerdekaan kelmarin,” katanya.

Mohd Khalil berkata, tindakan yang dilakukan oleh mereka itu membuatkannya rasa kesal kerana mereka merupakan pelajar IPTA dan sanggup melakukan perbuatan sedemikian hingga tidak tahu bezakan antara perbuatan itu buruk ataupun sebaliknya.

“Sepatutnya sebagai pelajar IPTA, mereka menjadi contoh terbaik masyarakat," katanya.

Katanya, kesemua pasangan itu akan dibebaskan setelah diikat jamin oleh keluarga masing-masing dan akan di dakwa di bawah seksyen 27 (1) (a) & (b) Enakmen Jenayah Syariah Johor 1997 yang boleh dikenakan hukuman Denda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular