Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 1 September 2012

Rozita Che Wan Sudah punyai kekasih


Rozita terbabit dalam beberapa drama dan filem hingga Oktober.




KUALA LUMPUR - DRAMATIS jelita yang sering dikaitkan dengan jejaka kacak, muda dan popular, Rozita Che Wan dikatakan bakal mengakhiri zaman solonya apabila membuat keputusan untuk bernikah dengan jejaka pilihan hati, ahli perniagaan berasal dari selatan tanah air.

Sebelum ini, beberapa pelakon lelaki muda dan kacak sering dikaitkan dengannya, termasuk juara Akademi Fantasia musim kelapan Shahir, Zain Saidin dan terbaru, Beego. Pelakon asal Alor Setar, Kedah itu juga pernah dikaitkan menjalin hubungan intim dengan ahli perniagaan berasal dari Singapura.

Menurut sumber yang memberitahu berita gembira ini kepada Selebriti, lelaki yang mahu menikahi Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Cik Ta itu bukan ahli perniagaan berasal dari Singapura, sebaliknya menetap dan mempunyai empayar perniagaan di Johor Bahru, Johor.

Mereka berdua dikatakan sudah lama berkenalan dan ternyata apa ditegaskan Cik Ta sebelum ini bahawa dia dan semua pelakon muda dan kacak itu hanya kawan rapat adalah benar.

Jejaka yang dipanggil dengan panggilan Bob itu dikatakan sudah lama melamar Rozita, namun baru sekarang pelakon yang popular dengan siri drama Kiah Pekasam itu bersetuju.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular