Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 5 April 2011

ABP2010: Terima kasih Datuk Siti - Yuna



KUALA LUMPUR: Pengunduran penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza dari Anugerah Bintang Popular 2010 (ABP 2010) memberi peluang kepada muka baru, Yuna atau Yunalis Zarai, 23, untuk memegang takhta sebagai Penyanyi Wanita Paling Popular setelah lebih sedekad anugerah itu menjadi miliknya.

Bagi Yuna, kemenangan itu tidak mungkin terjadi sekiranya Siti masih menyertai ABP.

Bagaimanapun, kemenangan itu sangat bermakna untuk dia meneruskan karier seni dengan lebih bersemangat.

“Kemenangan ini saya dedikasikan kepada Datuk Siti kerana beliau memberi inspirasi kepada kami semua. Terima kasih kepada beliau kerana memberi peluang kepada kami.

“Sejak dulu, saya memang kagum dan meminati Datuk Siti. Kemenangan ini akan menjadi inspirasi untuk saya berjaya seperti beliau,” kata Yuna yang ditemui selepas majlis ABP di Arena Of Star, Genting, malam kelmarin.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular