
IPOH: – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyelar tanggapan segelintir pihak yang mendakwa beliau berdiam diri berhubung pendedahan rakaman video seks pemimpin pembangkang.
Sejak rakaman seks itu didedahkan, beliau menegaskan pendedahan itu telah mengaibkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ketua Umum PKR kerana ia belum dibuktikan kebenarannya.
Menurutnya, rakaman video seks itu boleh dianggap sebagai fitnah serta dosa besar kerana hukuman telah dijatuhkan terlebih dahulu sebelum bukti yang sahih ditemui.
“Membuka rahsia orang lain adalah haram, benda yang tidak betul tetapi didedahkan adalah satu fitnah, dosa besar dan tidak bermoral,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Dalam konteks itu katanya, bukit dan laporan belum disahkan, justeru menuduh individu berkenaan terlibat adalah tidak wajar.
“Kalau masih belum ada laporan sahih ini bermakna ia satu fitnah serta dosa besar,” katanya.
