Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 1 April 2011

Majlis Fatwa Kebangsaan Perlu Buat Kajian tarian poco-poco


KOTA BHARU: - Majlis Fatwa Kebangsaan perlu membuat kajian berhubung tarian senaman poco-poco bagi menentukan kesahihan dari segi hukumnya sebelum membuat sebarang keputusan.

Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, iniberikutan isu tarian itu merupakan isu nasional dan ia seharusnya dibincangkan di peringkat pusat supaya ia dapat diselaraskan di semua negeri.

"Majlis Fatwa Kebangsaan perlu membincangkan isu ini di peringkat muzakarah peringkat pusat bagi menentukan dari segi hukumnya," katanya disini hari ini.

Mohamad Shukri juga diminta mengulas mengenai keputusan Jawatankuasa Fatwa Perak yang
mengharamkan tarian itu seperti yang diumumkan Muftinya, Tan Sri Harussani Zakaria baru-baru ini.

Dalam kenyataannya, Harussani dilaporkan berkata tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh. -Bernama

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular