Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 4 April 2011

Gabungan calon BN Sarawak akan menentang pembangkang

FOTO: Pemimpin BN Sarawak bergambar selepas pengumuman calon BN bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10 di Ibu Pejabat di PBB Bako, semalam.




KUCHING: Barisan Nasional (BN) semalam mengumumkan 17 muka baru daripada 70 senarai calonnya yang bakal memikul cabaran parti itu untuk dipilih oleh 979,796 pengundi pada pilihan raya negeri (PRN) ke-10, pada 16 April ini.

Bagaimanapun, BN tidak mengumumkan nama calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ba’ Kelalan yang akan diumumkan kemudian. Bagaimanapun, calon kerusi itu juga difahamkan muka baru bagi menjadikan jumlah muka baru kepada 18 calon.

BN juga mengekalkan kuota 35 kerusi untuk Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), 19 untuk Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), sembilan bagi Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan lapan untuk Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).

Senarai diumumkan Ketua Penerangan BN Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, selepas mesyuarat BN yang dipengerusikan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, petang semalam.

PBB memperkenalkan 10 muka baru terdiri daripada doktor perubatan, Dr Hazland Hipni, 45, (Demak Laut); pemegang Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan, Maclaine Ben @ Martin Ben anak Michael Ben, 48, (Kedup); seorang jurutera, Aidil Lariwoo, 39, (Sadong Jaya); bekas Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Razali Gapor, 53, (Beting Maro); Sarjana Pentadbiran (Pendidikan) Ricky @ Mohammad Razi Sitam, 38, (Saribas).

Bekas Timbalan Setiausaha Kementerian Perancangan dan Pengurusan Sumber, Datuk Len Talif Salleh, 58, (Belawai); lulusan undang-undang Abdullah Saidol, 45, (Semop); doktor perubatan Dr Annuar Rapiee, 47, (Nangka); Setiausaha Politik Ketua Menteri, Ripin Lamat, 41, (Lambir) dan bekas Pengurus Besar Dynasty Hotel, Miri, Dennis Ngau, 43, (Telang Usan).

Kejutan turut berlaku apabila penyandang kerusi DUN Lingga, Simoi Peri, yang mengumumkan berundur 30 Mac lalu, dicalonkan semula untuk bertanding. Sebelum ini seorang muka baru, Kol (B) Awangku Jamuddin Pengiran Kon, dikatakan bakal menggantikan Simoi.

SUPP menampilkan enam muka baru, termasuk Sim Kian Shiok di DUN Padungan; Dr Sim Kui Hian (Pending); Sih Hua Tong (Batu Lintang); Ling Kie King (Meradong); Datuk Tiong Thai King (Dudong) dan Henry Ling Kuong Meng (Kidurong). Datuk Alfred Yap Chin Loi yang pernah bertanding dan memegang jawatan Menteri Muda sebelum ini, dicalonkan semula untuk bertanding di DUN Kota Sentosa.

PRS pula menampilkan seorang muka baru, Stanley Nyitar @ Unja Malang di DUN Pelagus, manakala SPDP mencalonkan semula tujuh daripada lapan penyandang dengan kerusi DUN Ba’Kelalan masih menjadi misteri.

Bagi kerusi Ba’Kelalan, Adenan berkata, calonnya masih misteri dan hanya akan diumumkan sebelum hari penamaan calon Rabu ini.

“Kami mahu anda terus meneka (siapa calon Ba’Kelalan). Ramai yang berminat menjadi calon di situ, tetapi kita perlu memilih calon paling sesuai, calon yang mana pengundi akan memilih beliau 16 April ini,” katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular