Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 26 April 2011

'Group Usop' di Brunei tumpas

Anggota sindiket 'Group Usop' diiringi polis ke mahkamah di Bandar Seri Begawan kelmarin.




BANDAR SERI BEGAWAN: - Pasukan Polis Diraja Brunei melalui Unit Pasukan Petugas, Jabatan Siasatan Jenayah berjaya menjejaki tujuh warga asing yang disyaki terlibat dengan rompakan pada 20 April 2011 yang berlaku di Kampung Sungai Teraban, Kuala Beliat.

Kejayaan tangkapan itu adalah hasil kerjasama daripada Pasukan Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman dan Kontinjen Sarawak.

Ketujuh-tujuh mereka dapat ditangkap kurang dari 48 jam selepas kejadian dilaporkan iaitu di kawasan menuju sempadan Sarawak/Kalimantan.

Menurut kenyataan Pasukan Polis Diraja Brunei hari ini, mereka dipercayai cuba untuk melarikan diri ke Entikong, Kalimantan, Indonesia dalam sebuah van jenis Daihatsu Xenia dengan nombor pendaftaran KB1159HM.

Mereka juga dipercayai memasuki dan keluar dari negara ini melalui jalan tikus. Tiga daripada tujuh tangkapan ini telah dikenal pasti terlibat dalam 6 kes rompakan yang berlaku pada tahun 2010.

Sindiket ini dikenali sebagai 'Group Usop' berasal daripada Lombok Timur. Mereka dipercayai menggunakan modus operandi yang sama dalam kesemua rompakan yang dilakukan iaitu dengan mengikat mangsa, melarikan kereta dan meninggalkannya di sempadan dan menggunakan tong gas untuk memecah pintu rumah.

Kesemua mereka telah di bawa ke Mahkamah Majistret, di sini untuk mendapatkan perintah tahanan reman bagi membolehkan pihak Pasukan Polis Diraja Brunei menjalankan siasatan lanjut.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular