Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 6 April 2011

Perak sah haram poco-poco



IPOH – Tarian poco-poco tetap diharamkan di Perak walaupun mendapat tentangan daripada pelbagai pihak setelah Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang dianggotai 10 ahli dengan dipengerusikan oleh Mufti, Tan Sri Harussani Zakaria membuat keputusan secara sebulat suara berkenaan tarian dan senaman berkenaan.

Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang bersidang pada 24-26 Januari 2011 dianggotai seramai 10 ahli serta dipengerusikan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, telah membuat keputusan secara sebulat suara berkenaan tarian dan senaman poco-poco seperti berikut:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak kali ke 186 yang bersidang pada 19-21 Safar 1432 Hijriah bersamaan 24-26 Januari 2011 Masehi memperaku bahawa tarian atau senaman poco-poco diharamkan atas asas bahawa ia mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama dan pemujaan roh. Tambahan pula tarian atau senaman tersebut sering diamalkan oleh orang bukan Islam terutamanya di Jamaica yang bercirikan agama Kristian. Mesyuarat juga mengarahkan agar keputusan ini diwartakan."

Keputusan pengharaman tarian dan senaman poco-poco ini diputuskan rentetan daripada persoalan yang dikemukakan oleh Persatuan Kakitangan Islam Malayan Banking Perak yang menginginkan kepastian berkenaan status tarian poco-poco.

Justeru, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang dianggotai seramai 10 orang ahli telah meneliti isu ini dengan mengambil kira pelbagai aspek sebelum sebarang keputusan dibuat.

Di samping itu, terdapat keterangan penting tentang tarian dan senaman ini yang diperolehi daripada pihak yang berautoriti iaitu Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Perak Darul Ridzuan yang boleh digunakan bagi mengenal pasti dengan lebih tepat tentang apa yang dikatakan poco-poco.

catatan admin's:

Dibawah ini diperturunkan tulisan blogger yang beragama Islam seperimana yang tercatat dalam ruang forum : http://www.nogold.com/forum/ng-archive/34496-tarian-poco-poco-tarian-pemujaan-kristian.html)


Sebenarnya tarian poco-poco ini berasal dari Filipina bukannya dari Indonesia. Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yang membentuk salib.

Mungkin kita tak perasan kerana kita suka mengikut-ikut sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh-musuh islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama Hindu. cuma tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama2 fikirkan.

umat Islam perlu kekal dengan identiti dan jatidiri mereka sebagai muslim. Mereka dilarang dari menyerupai golongan musyrikin disebabkan akidah seseorang muslim itu terangkum tiga dimensi iaitu perkataan, perbuatan dan pegangan.

Saya dulu pernah terfikir, kenapa tarian itu dimulakan dari kiri? Dan apa jenis senaman ini? Relevankah tarian ini, yang kelihatan seperti tidak siuman?

Saya menyeru kepada diri anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi ‘menarikan’ lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar. Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.

Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kesannya kepada akidah umat Islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan ‘keasyikkan’ menarikan tarian ini.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular