Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 6 April 2011

Video seks: Kabinet bincang cadangan tubuh suruhanjaya Jumaat ini



KUALA LUMPUR: Cadangan untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat rakaman video seks membabitkan pelaku mirip Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan dikemukakan kepada Kabinet Jumaat ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, berkata penubuhan suruhanjaya itu perlu disegerakan berikutan penafian isteri Anwar yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail, semalam yang suaminya itu adalah lelaki dalam video berkenaan.

"Apabila dia (Wan Azizah) keluar kenyataan, saya berpendirian perkara ini tidak boleh terhenti di situ sahaja kerana jika tidak dijawab oleh kerajaan dan tidak diadakan suruhanjaya diraja, kerajaan akan dituduh terbabit.

"Saya berpendapat untuk menyelesaikan masalah ini, dan seperti saya katakan, Wan Azizah bukanlah pakar yang menentukan identiti pelaku itu, saya rasa adalah lebih adil jika kita wujudkan Suruhanjaya Diraja yang dianggotai oleh mereka yang bebas," katanya kepada pemberita di pejabatnya di bangunan Parlimen hari ini.

Nazri berkata, bahawa setelah penafian itu dibuat, rakyat mempunyai hak untuk mengetahui sama ada benar atau tidak Anwar adalah lelaki dalam video itu.

"Dan penyelesaian terbaik bagi isu itu adalah dengan menubuh suruhanjaya diraja," katanya.

Nazri berkata, usul untuk menubuhkan suruhanjaya itu dibuat kerana kerajaan mendengar pandangan rakyat dan juga badan bukan kerajaan termasuk Dewan Pemuda PAS yang meminta sebuah suruhanjaya diwujudkan bagi menangani isu itu.
"Saya akan memperakukan dan akan sedaya upaya meyakinkan Kabinet untuk menubuhkan suruhanjaya itu," katanya.

Semalam, Wan Azizah dalam satu sidang akhbar di kediamannya di sini, berkata selepas beliau dan anggota keluarganya menonton klip video hitam putih selama 107 saat itu dalam YouTube itu, mereka mendapati pelaku dalam klip video seks itu bukan Anwar.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular